Terjemahan Ayat

Hadith




Salam Aidilfitri







Khamis, 10 September 2009

Tip Khatam Al- Quran

Pada setiap Al-Quran rasm 'Uthmani,
1) Termuat 30 juzu' (bahagian), 240 hizib (pecahan), setiap juzu' ada 8 'ain (bertanda *)
2) Terkandung 114 surah
3) Tercantum 6426 ayat (menurut ahli Kufah)
4) Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu surah Makkiyyah (ayat-ayat yang diturunkan sebelum hijrah di Makkah) dan surah Madaniyyah (ayat-ayat yang diturunkan sesudah berhijrah ke Madinah)
5) Tersusun padanya ayat-ayat Muhkamat (ayat-ayat hukum) dan ayat-ayat Mutasyabihat (ayat-ayat 'umum yang memerlukan penelitian maksud)

Katakan kita mahu menghafal Al-Quran secara efektif, hendaklah mengetahui "gambaran" mahupun "storyline" yang berlaku sepanjang ayat yang ada.

Kebanyakan "storyline" berkisar berkenaan:
1) Nabi Musa dan Bani Israail serta karenahnya juga para Nabi termasuklah Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wa sallam.
2) Penciptaan langit (apa jua di langit) dan bumi (apa jua di bumi) serta manusia juga jin.
3) Hukum penyembahan dan penyerahan diri serta mu'amalat makhluqNya seharian.
4) Kebaikan sifat orang Mukmin dan keburukan sifat orang Musyrik.
5) Hari Qiyamat yang dahsyat suasananya dan ganjaran Syurga serta 'azab seksaan Neraka yang menanti.

Skop kemampuan hafalan seperti berikut:
1) Satu 'ain (mampu menghafal dari 1 'ain ke 'ain seterusnya)
2) Satu muka surat (mampu menghafal seluruh ayat sekaligus)
2) 1/2 muka surat (mampu menghafal separuh demi separuh ayat)
3) 1/3 muka surat (mampu menghafal sepertiga demi sepertiga ayat)
4) 1/4 muka surat (mampu menghafal seperempat demi seperempat ayat)

1 juzu' = 20 muka surat = 8 'ain (tanda *)

1/2 juzu' = 10 muka surat = 4 'ain

1/3 juzu' = hampir 7 muka surat = 2 'ain hampir kepada 3 'ain

1/4 juzu' = 5 muka surat = 1 'ain hampir kepada 2 'ain

* 1 'ain bergantung kepada banyak mahupun sedikit ayat yang ada.

Jika sehari kita mampu menhafal satu 'ain = 240 hari kemudian baru khatam = 8 bulan

Jika sehari kita mampu menghafal satu muka surat = 600 hari kemudian baru khatam = 20 bulan = 1 tahun 7 bulan

Jika sehari kita mampu menghafal 1/2 muka surat = 1200 hari kemudian baru khatam = 40 bulan = 3 tahun 4 bulan

Jika sehari kita mampu menghafal 1/3 muka surat = 1800 hari kemudian baru khatam = 60 bulan = 5 tahun

Jika sehari kita mampu menghafal 1/4 muka surat = 2400 hari kemudian baru khatam = 80 bulan = 6 tahun 7 bulan


sumber:http://halaqah.net

Hati kita tiada yang tahu


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya .

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

MAAFKAN SAYA SEKIRANYA SAYA PERNAH MENINGGALKAN KESAN BERLUBANG DI DINDING HATI ANDA. SEMAKIN UMUR SAYA BERTAMBAH, SIFAT KESABARAN PUN MAKIN MENINGKAT……DAN DAPAT BERFIKIR BAIK DAN BURUK SEBELUM MEMBUAT SESUATU KERJA……AMIN”.


sumber:http://effafadzillah.wordpress.com

Konsistenlah Dalam Beribadah Kepada Tuhanmu!

Allah SWT berfirman:

    “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." - (Surah Al-Baqarah: 183)

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda kepada saya:

    "Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu. Dahulu ia suka berdiri bersembahyang di waktu malam, tetapi kini ia meninggalkan bersembahyang di waktu malam itu." (Muttafaq 'alaih)


    sumber:Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP)

Mari Memasuki Syurga Melalui Pintu Al-Rayyan!


Allah SWT berfirman:

    “Mereka bertanyakan kepada kamu (yakni Nabi Muhammad) tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah: 219)

Rasulullah SAW bersabda:

    "Sesungguhnya di Syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka. Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

Rabu, 9 September 2009

Air Mata Sesalan

Air_Mata_Sesalan_p2.mp3

Air Mata Sesalan

Air_Mata_Sesalan_p1.mp3

Agama_2

Agama_2.mp3